[Harian Metro] Pengajian ditaja sepenuhnya

Fazurawati Che Lah
Universiti SEGi menerima pelbagai anugerah termasuk trofi gangsa dalam kategori Pendidikan dan Pembelajaran di Anugerah Jenama Putra 2016.

SEGi juga institusi pengajian tinggi pertama yang bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) untuk menyediakan khidmat nasihat mengenai keperluan pembangunan sumber manusia.

Menjadi antara penyedia pendidikan tinggi swasta terbesar di Malaysia, tenaga akademik yang berkelayakan, profesional dan berpengalaman luas dalam industri disediakan kepada siswa bagi memberi suasana pembelajaran unik kepada penuntutnya.

Selain kemudahan yang lengkap dan terkini, penuntut berpeluang bergaul dan bertukar-tukar pendapat dengan pelajar antarabangsa dari 80 negara berbeza.

Secara keseluruhannya, terdapat 177 program di tawarkan di University SEGi. Bidang yang ditawarkan adalah Perubatan, pergigian, Farmasi, Optometri, Biomedical sains, kejuruteraan, teknologi maklumat, perhotelan, pengurusan perniagaan dan perakaunan,praijazah, komunikasi massa, pendidikan dan juga pengajian peringkat sarjana.

Bagi menyediakan pendidikan terbaik pihak Universiti SEGi yang beroperasi di Kota Damansara, Selangor mencari pelajar yang berhasrat menyambung pengajian ke institusi pengajian itu dengan yuran pengajian ditaja sepenuhnya oleh beberapa syarikat korporat terkemuka di Malaysia.

Agrobank, Yayasan Sime Darby, Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini mengorak langkah dengan menganjurkan program khidmat masyarakat (CSR) bagi membuka peluang kepada pelajar lepasan diploma/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/matrikulasi seluruh Malaysia untuk menyambung pengajian di Universiti SEGi.

Objektif utama program itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan rendah untuk mencapai tahap pendidikan tertinggi dan melengkapkan mereka dengan pengetahuan yang mencukupi dalam menempuh alam pekerjaan yang semakin mencabar.

Peluang ini diberikan untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti SEGi dengan sebahagian tajaan yuran adalah daripada badan korporat ternama seperti Agrobank, Yayasan Sime Darby atau Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan yuran pengajian selebihnya oleh pihak PTPTN.

Antara program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan & Kewangan

2. Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia

3. Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan

4. Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian)

Syarat kelayakan:

1. Terbuka kepada semua lepasan diploma/STPM/matrikulasi dengan CGPA 3.00

2. Pemohon untuk program ini mestilah berstatus Bumiputera dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,855 sebulan (B40)

Manfaat yang diperoleh adalah seperti berikut:

1. Latihan amali disediakan semasa cuti semester, dan

2. Jaminan peluang pekerjaan di badan korporat penaja sejurus tamat pengajian

Permohonan boleh dilakukan sebelum 15 Ogos 2017 dan kemasukan pelajar adalah pada 4 September 2017.